Friday 12 August 2011

diri saya yang sebenar

setiap orang ada kisah hidup mereka yang indah dan pahit . .
seperti diri aku sendiri .
aku ada juga kisah hidup yang indah serta yang pahit sepanjang hidup aku di bumi Allah nie.
sejak aku dilahirkan ke bumi Allah yang indah dan permai ini .
aku dilahirkan di dalam keluarga yang serba lengkap semuanya.
aku mendapat pendidikan seawal usia 5 tahun lg . .
dan sehingga sekarang aku masih menuntut ilmu yang ada di atas muka bumi Allah ini . .
tak pernah ada rasa penat atau keluhan yang keluar dari mulut aku semasa aku menuntut ilmu .
kenangan manis dalam hidup memang banyak kalau nak diceritakan. .
tapi suka nk cerita kenangan pahit laaa.
darjah 1 atau 7 tahun aku.
masa ini adalah kenangan pahit yang terukir sepanjang hidup aku.
tangan kanan aku patah.
bermain basikal dikawasan perumahan yang baru siap. .
letak papan concreate tinggi2..
pastu naik kt atas die..
aku turn last sekali.
dah ramai2 kat atas tu.
aku kat belakang sekali..
dan aku ditolak oleh seseorang itu sehingga aku jatuh kebawah.
aku jatuh dengan basikal2 aku sekali kebawah .
tangan masa tu tetiba rasa sengal dan kosong jeee.
masa tu baru sedar rasa sakit kt tangan yang amat sangat..
menangis masa dibawa pulang oleh abg mus kerumah masa tu.
sampai kat rumah apa lagi.
kena marah dengan ibu..
ayah tanak amek tahu pon masa tu.
sebab aku nie degil sangat tanak dengar cakap die.
pergi hospital doktor sahkan aku patah tangan kat kawasan sendi siku tu.
kena tahan kat hospital 3 hari . .
3 hari lepas tu doktor sahkan yang tangan aku kena masuk besi masa tu.
terkejut sangat masa tu.
ayah beli besi yang nak dipasang kat dalam tangan aku tu.
dalam masa yang sama ayah tak berhenti berusaha mencari ubat kampung agar tangan aku tak dimasukkan besi..
akhirnya jumpa orang yang bole ubati tangan aku masa itu.
sehari sebelum tangan aku dibedah untuk dimasukan besi kat dalamnya . .
doktor sahkan yang tangan aku tulangnya dah bercantum semula.
perasaan gembira dan bersyukur tak terkata pada masa tu.
sehingga sekarang aku tak bole lupakan kenangan pahit ini . .
tangan aku sampai sekarang masih meninggalkan kesannya..
bila ada kilat atau guruh mesti aku takot sebab rasa sengal masa ade kilat dgn guruh.
apa2 pon aku bersyukur sebab terlepas dari pembedahan itu.

AMIN..

ASSALAMUALIKUM.
comel tak aku masa darjah satu.


Tuesday 2 August 2011

puasa datang lagi

sedar tak sedar puasa datang lagi. .
rasa macam kejap je .
rasa mcm baru semalam jeee puasa tahun lepas..
bercerita tentang puasa,memang banyak pengalaman masa zaman kanak-kanak dulu.
darjah 4 baru belajar untuk puasa penuh,itu pon dengan ganjaran..hahaha
sebelum-sebelum tu hanya puasa main2 je.
tengah hari je dh rasa nk buka puasa.
bila petang,pegi bazar ramadhan,beli makanan mcm org puasa jee..
masa berbuka paling seronok,orang puasa tak dduk lagi,aku dah dduk dulu depan makanan..
naik sekolah menengah lagi laaa teruk.
tingkatan 1 dengan tingkatan 2 paling hebat.
zaman jahiliah,panggil budak cina,suruh diorang beli air botol kat kantin sekolah..
pastu minum kat  tepi blok kemahiran hidup..
tingkatan 3 oke laaaa.sebab masa tu exam PMR.
kna jaga sikit sebab takot nnti kantoi exam plak..
naik tingkatan 4 dengan 5 dh oke.
tak ponteng puasa pon..
sampai laaaa sekarang..tiada dugaan yang bole buat aku ponteng puasa.
tapi yang teruknya perempuan2.
jagalah sikit pakaian anda tu,bulan puasa nie cube berpakaian elok sikit..
orang lelaki bole tergugat iman die tgk korg pakai cmtu..


Assalamualaikum

Wednesday 27 July 2011

luahan rasa hati

bismillahirohmanilrohim.

angaplah warkah yang ditulis ini adalah suatu yang tiada maknanya kepada semua.
sekiranya ada pengajaran didalamnya,ambilah ia menjadi pengajaran dan petunjuk dalam kehidupan kita.
tiada niat pon dihati untuk memperlekehkan kesungguhan anggota POLIS dinegara kita ini menjaga keamanan negara yang telah lama kita kecapi selama hari ini.
mereka bersungguh menjaga negara kita yang aman ini daripada bergolak seperti negara-negara lain.
tetapi,disebalik kesungguhan meraka itu,ada juga ketidak adilan dalam mereka menjalankan tugas mereka.
mereka sanggup menindas golongan bawahan semata-mata mengikut arahan daripada ketua mereka.
sesungguhnya,tidak salah jika mereka menjalankan tugas dengan cara yang adil dan telus.
rakyat semua sayangkan mereka,tiada seorang pon rakyat akan mempunyai perasaan benci sekiranya mereka menjalankan tugas mengikut undang2 yang sedia ada.
rakyat akan merasa benci apabila sesuatu yang mereka sayangi atau percayai di khianatai begitu sahaja.
rakyat boleh berfikir.
mereka ada hak untuk bercakap dikhalayak ramai.
jangan menzalimi rakyat,walaupon orang yang anda khianati itu tidak boleh berbuat apa-apa didunia ini,percayalah bahawa ada yang lebih mengetahui apa yang anda lakukan kepada rakyat yang dizalimi tersebut.anda pasti akan berasa megah apabila melakukan sebegitu.
sesungguhnya apa yang anda lakukan terhadap rakyat itu dicatat sebagai amalan hidup anda.
ia akan dihitung pada satu hari nanti.
doa orang yang dizalimi ini adalah sangat2 makbur.
adil lah wahai saudara seislamku yang memegang tugas sebagai anggota POLIS.
kehidupan didunia ini adalah sementara sahaja.
dunia ini ada pengakhirnya.
semua akan dihitung dan dihadapkan kepada yang esa.
selamat menjalankan tugas wahai saudara seislam ku.



Wednesday 20 July 2011

realiti kehidupan masa hari ini

bismillahhirohmanilrohim.

bukan niat untuk memperkecikan sesiapa dalam penulisan ini.
tetapi inilah realiti kehidupan di dunia kita sekarang.
dunia di mana anak2 melayu dan orang2 melayu hidup.
bukan nak memperlekehkan orang melayu kita,tetapi itulah realiti yang sebenarnya.
pergi kemana sahaja mesti ada kumpulan atau pertubuhan itu.
pelekat,lambang atau logo bertaburan dilekat dan ditampal pada cermin depan kereta,no. plat kereta dan kat papan putih kat bahagian depan moto.
apa motif nak tampal2 semua benda tu?
nak publisiti ke abg?
ngaji dah khatam ke belum?
semua tu dibuat semata-mata untuk buat semua orang takut kat anda .
tak ada gunanya korang buat macam tu.
ada ramai lagi yang besar daripada korang.
dorang tak mengelabah nak tampal2 macam korang.
kalau gaduh,korang laa orang pertama yang datang.
menyelap mcam taiko sgt.
panggil geng2 korang sana sini.
itu ke motif sebenar korang join benda tu?
bukan ke untuk menjaga kebajikan dan dakwah orang2 islam?
tapi,aku tgk korang yang lebih2 buat dosa.
pakai pelekat tu,bulan puasa,paking kereta tepi jalan,beli nasi bungkus..ape cerita bang?
pakai pelekat tu,duk kat taman reakreasi enjin kereta hidup,berdua-duaan.ape cerita bang?
kalau rase nak jadi taiko sangat,pegi selatan thailand tu,selamatkan orang2 islam kita.
bukannya bergaduh sesama bangsa bang.
kalau nak gaduh pon,satu lawan satu laa.
bukan bwak geng2 korang tu.
mana kejantanan korang?
takot nk satu lawan satu.
silap2 korang yang terlipat sebab tade isi.
aku bukan nk buruk kan sape2.
tapi fikirlah.tiada guna kita bermegah2 dengan apa yang kita ada tu.
jangan ingat anda besar,kerana ada yang lagi besar daripada anda.
dorang tanak menunjuk jee.
kalau dorang tunjuk,korang semua kena buang mcm tu je.

apa yang aku tulis nie tiada kaitan dengan sapa2 pon.
aku nk sapa yang terasa tu fikir je.
betul ke tindakan korang tu.

assalamualaikum.



Tuesday 12 July 2011

tokwan saya rindukan tokwan.

dah hampir setahun tokwan tinggalkan kami semua. .
tapi aku masih susah nk terima tokwan dah tak ada lagi kat dunia nie.
aku tak puas lagi hidup dengan dia.
pemergiannya cepat sgt.
penyakit kanser paru2nya menyerangnya dengan cepat sehingga kami tak dapat mengambil tindakan yang cepat keatas dirinya.
sepanjang dia sakit,aku yang banyak bersama dengannya.
kemana sahaja yang dia nak pergi pasti akan aku bawanya.
apa yang diingini olehnya akan aku turuti untuk memuaskan hatinya.
sehingga pada suatu hari,
doktor mengesahkan dia mengidap kanser paru2 tahap 4,
doktor hanya memberi tempoh hidup kepadanya hanya 4bulan.
sedih dan hiba apabila mendengar doktor memberitahu perkara tersebut.
selepas mengetahui berita itu,
tokwan dah tak balik kampung lagi,
dia hanya duduk kat rumah aku sahaja,
senang untuk urusan ke hospital.
hampir setiap malam aku tidur bersama dengannya,
kadang2,aku sendiri tidak dapat tidur kerana ada sahaja keinginannya pada waktu malam itu,
sebagai seorang cucu aku buat sahaja semua itu,
2 hari sebelum dia menghembuskan nafas terakhir,
aku tidur bersebelah dengan dirinya,
pelbagai keinginan yang dia inginkan pada malam itu,
sehinggakan dia menyuruh aku membancuhkan dia segelas air sarsi sejuk,
aku tunaikan keinginannya itu.
keesokan harinya,
tokwan dimasukan kehospital kerana dia mengadu sakit dada yang teramat,
dia dibawa kehospital,
jam 12:00 tengahari dia dimasukan ke wad hospital,
jam 3:40 petang,panggilan dari izzaty memberitahu yang tokwan dah tenat,
aku segera bersiap dari rumah untuk kehospital.
aku sampai di hospital dengan keadaan yang suram,
aku menyelak tirai langsir pada katil arwah tokwan,
ibu hanya menyuruh aku bersabar sahaja,
pada masa aku sampai itu,
tokwan dah tak ada lagi kat dunia nie lagi,
dia pergi selama2nya meninggalkan kami semua.
aku menangis kerana tak sempat berjumpa dan bersalam dengannya untuk kali terakhir.
hanya jenazah dia sahaja yang terbujur kaku diatas katil.
hati terasa hiba dan sayu,
aku  tak sempat memohon maaf pon kat dirinya.
dia ampunkan aku ke??
jenazah dibawa pulang ke kampung untuk disemadikan pada keesokan harinya.
jenazah diurusakan dirumah dengan kehadiran semua sahabat handai dan saudara mara.
paklong tak dapat pulang ketanah air untuk mengiringi jenazah tokwan,
keadaan sunyi,sedih,hiba menyelubungi seluruh ahli keluarga HAJI ISMAIL BIN JAAFAR.
jenazah siap dimandi dan dikafan,
saat mencium dahinya paling menyedihkan,
air mata aku susah untuk berhenti mengalir keluar,
ibu menyuruh aku mengelap air mata dahulu sebelum mencium untuk kali terakhir.
jenazah tokwan selesai disemahyangkan,
jenazah dibawa ketanah perkuburan,
suasa suram dan mendung menyelubungi kawasan perkuburan pada pagi jumaat itu.
setelah selesai disemadikan,
talkin dan doa dibacakan.
jenazah tokwan selamat disemadikan dengan selamat tanpa sebarang kesulitan.
walaupon tokwan dah tak ada, 
aku masih teringatkan saat2 bersama dengan dia,
aku masih dapat merasai kehadiran dirinya,
tokwan,maafkan adam ya?
adam tak sempat datang masa tokwan tenat tu.
adam sentiasa doakan kesejahteraan tokwan kat sana.
satu hari nanti,pasti kita akan jumpa jua kan?
InsyaAllah.
tokwan sentiasa bersama kami semua walaupon jasad tade lg bersama kami.


Tuesday 5 July 2011

kisah hati


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

biar kita tak bersatu di dunia,tetapi biar kita bersatu di atas sana.
kehidupan disana adalah yang kekal abadi.

Saturday 25 June 2011

26 Jun 1992.

Hari ini, menjadi titik indah buatku. Hadirnya cahaya mata ini mengutuhkan lagi hubungan kami sebagai sepasang suami isteri. Telah lama ku tunggu saat ini menjadi kenyataan, terima kasih tuhan, aku teramat mensyukuri nikmatmu. akan ku sujud syukur sebagai tanda syukur padaMu, yang telah mengabuli doa kami. terima kasih Tuhan, akan ku jaga sang anak ini, dengan sepenuh kasih cinta. Akan ku lengkapkannya dengan agamaMu, agar cintanya hanya kepada agama, agar menjadi muslimah sejati.


terima kasih ibu dan ayah...>>><<<<

Saturday 4 June 2011

hargai kehidupan yang kita ada hari nie.

kadang2 manusia susah nk bersyukur dengan apa yang dorg ada sekarang.
apa yang ada pada diri mereka tak cukup bagi mereka.
mereka nak yang lebih dari apa yang dorang ada sekarang.
memang selalunya hidup ini tidak begitu adil kepada semua.
tetapi disebalik semua itu ade hikmahnya.
apa yang kita nak kan selalu ada orang lain nak kan jugak.
manusia tak lari dari ada perasaan hasrat dengki sesama mereka.
tak boleh tengok sesorng tu dapat lebih daripada mereka.
saya sendiri selalu menjadi mangsa keadaan itu.
apa yang sy inginkan pasti ada orang lain inginkan jgak.
kenapa dorg nak apa yang sy nak tu?
tak boleh ke tengok sy nak bahagia dengan apa yang aku nak tu?
walaupun seketika,tapi ia bermakna buat diri ini.
ketidak adilan kehidupan nie sering bermain kt kepala otak nie.

YA ALLAH hanya padamu sahaja aku memohon segala2nya.
tiada tempat aku mengadu selain dirimu seorang.>>>_<<<

Wednesday 1 June 2011

mengapa jadi begini?

kesedihan hari esok dan hari ini tiada siapa yang nampak.
minggu permulaan kelas di dalam kampus amat mengecewakan kepada semua pelajar fakulti pengurusan dan teknologi pejabat.
di sebab oleh pihak atasan, semua kelas semester lepas dirombak.
habis semua budak2 kelas yang lama terpisah dari kelas yang sedia ada sebelum.
apa semua nie?
kami datang menuntut ilmu, layanlah kami seperti seorang yang sedang menuntut ilmu.
hari nie begini..!
esok lusa apa pula?...!

fikirkanlah apa yang saya cakapkan ini......>>><<<

Tuesday 24 May 2011

syukur ya Allah.

syukur Alahmdulillah.
bersyukur kehadrat Illahi dgn limpah kurnianya keputusan peperiksaan akhir saya lulus.
walaupun tak mencapai apa yg saya inginkan,tetapi sy teramat2 bersyukur kerana mendapat keputusan yg agak baik itu.aku amat2 bersyukur yaAllah..

Monday 23 May 2011

M.U. juara lagiiii.



ha.ha.ha.
kepada semua penyokong EPL yg lain harap anda semua bersabar ya?
MANCHESTER UNITED juara lagi untuk musim 2010/2011..
dah lah juara,pecah rekod LIVERPPOOL yg pernah jadi juara sebanyak 18 kali.
dan setakat ini MANCHESTER UNITED memegang rekod terbaru dengan menjuara liga perdana inggeris sebanyak 19 kali.ha.ha.ha.ha.
dan membanggakan lagi,perlawanan akhir liga juara-juara eropah turut melibatkan MANCHESTER UNITED yg akan bertemu BARCELONA pd perlawanan akhir yg dijangka pada 29may 2011.

kepada penyokong LIVERPOOL terutamanya,harap bersabar ya!
kepada CHELSEA,ARSENAL dgn MANCHESTER CITY,cuba lagi pada tahun hadapan..

Sunday 22 May 2011

sedar tak sedar dah nak balik kampus.

ha.ha.ha!

kawan2ku sedar tak korg.?
lagi seminggu dah nak balik kampus..cuti semester dah nk habis..
kejap je aku rasa sebulan..macam ada tak ada je cutinya.
hari rabu nie result keluar..kah.kah.
bila dah nk habis cuti nie,rasa tanak balik plak..rasa nak cuti lagi..
nak buat macam mana.kena lah balik jugak..
balik cepat2 kawan2..rindu kat korang semua!

Wednesday 18 May 2011

Mengapa Wanita Diciptakan dari Tulang Rusuk?


Pasangan suami istri muslim, saling menguatkan sesuai kodrat dan tugas masing-masing. Menjaga hubungan yang harmonis.
Wanita tidak dicipta dari kepala laki-laki (Adam), supaya tidak melebihi atau mengungguli kodrat laki-laki. Wanita tidak dicipta dari kaki, supaya wanita tidak dihinakan oleh laki-laki atau diinjak laki-laki, karena dia adalah bagian dari tubuhnya. Wanita tidak diciptakan dari tanah, karena wanita memang kodratnya tidak sama dengan laki-laki. Wanita dicipta dari tulang rusuk laki-laki, karena memang untuk dijadikan pasangan laki-laki, menjadi pendamping laki-laki, menjadi kesenangan laki-laki, memperkuat dada laki-laki dan sekaligus menjadi penyeimbang hidup laki-laki.
Rasulullah Saw menjelaskan dalam hadits-nya:Sesungguhnya wanita itu dicipta dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bagian atas. Jika Anda meluruskannya, sama artinya Anda memecahkannya. Jika Anda biarkan, dia akan tetap bengkok. Karena itulah, Anda harus selalu memberikan nasihat-nasihat kebaikan. (HR. Muslim)
Tulang iga adalah tulang yang bengkok dan letaknya sangat dekat dengan jantung hati. Fungsi tulang iga adalah memperkuat dada dan melindungi hati. Dari sini kita mendapat hikmah dan pelajaran bahwa wanita yang sudah menjadi istri, dia mempunyai 2 tugas, yaitu:

1. Membuat suami kuat dadanya.
Dada adalah lambang keberanian dan keperkasaan. Karenanya, orang yang berani akan menantang lawannya dengan menepuk dada. Dada adalah tempat berkecamuknya segala rasa, ada rasa benci dan senang, ada rasa kesal dan jengkel. Maka dada harus luas dan tidak sempit, agar bisa menjadi arena untuk menyelesaikan pertengkaran segala macam rasa. Orang yang dadanya sempit akan sulit menyelesaikan masalah. Orang yang da-danya sempit mudah berputus asa, tidak punya optimisme, tidak punya semangat dan mudah sakit. Itu sebabnya, Nabi Musa ketika mendapatkan perintah untuk menyampaikan kebenaran di hadapan Fir’aun dan orang-orang bodoh, beliau berdoa kepada Allah:
Berkata Musa: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataan-ku”. (QS. Thaha: 25-28)
Seorang istri harus menambahkan kekuatan suami, sehingga potensinya bisa bertambah dan berkembang menjadi berlipat-lipat. Seorang istri tidak hanya sekedar memberikan dorongan, tetapi dia menjadi bagian dari kekuatan dada suami. Jadi sesungguhnya wanita adalah dada suami.
Dada adalah kebanggaan, dan di dalam dada ada keberanian dan kekuatan dahsyat. Dada bagi wanita adalah kebanggaannya, dan menjadi kebanggaan suami.

2. Menjaga hati suami.
Hati adalah inti kehidupan. Di dalam hati ada keimanan. Di dalam hati ada kebahagiaan. Istri seharusnya makin mempertebal keimanan sua-mi. Istri seharusnya memberikan kedamaian dan kebahagiaan suami. Istri seharusnya menyenangkan hati suami. Istri seharusnya menjaga hati suami agar tidak berpaling ke lain hati. Karenanya orang yang sudah punya istri seharusnya hidupnya bahagia dan imannya semakin mantap.

Percutian keluarga di Pulau Pangkor

sabtu yang lepas, saya bersama keluarga pergi bercuti ke pulau pangkor Malaysia..
perrhh!seronoklaaa juga..macam-macam aktiviti kami buat.snorkeling,Island tour..dan banyak lagi..hehe.

ini adalah gambar dari dalam feri.dari pengkalan jeti marina island.

wah! air laut.
bersedia untuk pusing pulau..
 jeng-jeng!
 inilah GAMAT.
penyu.

hakikatnya..saya tak seronok pon pergi cuti ni.

saya bermula kembali

haha!
saya bukan orang baru dalam blogger ini oke?
dulu dah ade..tapi blog saya tu hilang macam tu saje ..
so,sekarang nie saya dah jadi budak baru balik..
sesiapa yang ada blog tu tolonglah follow saya ramai2 ya?
hahahaaa..