Tuesday 12 July 2011

tokwan saya rindukan tokwan.

dah hampir setahun tokwan tinggalkan kami semua. .
tapi aku masih susah nk terima tokwan dah tak ada lagi kat dunia nie.
aku tak puas lagi hidup dengan dia.
pemergiannya cepat sgt.
penyakit kanser paru2nya menyerangnya dengan cepat sehingga kami tak dapat mengambil tindakan yang cepat keatas dirinya.
sepanjang dia sakit,aku yang banyak bersama dengannya.
kemana sahaja yang dia nak pergi pasti akan aku bawanya.
apa yang diingini olehnya akan aku turuti untuk memuaskan hatinya.
sehingga pada suatu hari,
doktor mengesahkan dia mengidap kanser paru2 tahap 4,
doktor hanya memberi tempoh hidup kepadanya hanya 4bulan.
sedih dan hiba apabila mendengar doktor memberitahu perkara tersebut.
selepas mengetahui berita itu,
tokwan dah tak balik kampung lagi,
dia hanya duduk kat rumah aku sahaja,
senang untuk urusan ke hospital.
hampir setiap malam aku tidur bersama dengannya,
kadang2,aku sendiri tidak dapat tidur kerana ada sahaja keinginannya pada waktu malam itu,
sebagai seorang cucu aku buat sahaja semua itu,
2 hari sebelum dia menghembuskan nafas terakhir,
aku tidur bersebelah dengan dirinya,
pelbagai keinginan yang dia inginkan pada malam itu,
sehinggakan dia menyuruh aku membancuhkan dia segelas air sarsi sejuk,
aku tunaikan keinginannya itu.
keesokan harinya,
tokwan dimasukan kehospital kerana dia mengadu sakit dada yang teramat,
dia dibawa kehospital,
jam 12:00 tengahari dia dimasukan ke wad hospital,
jam 3:40 petang,panggilan dari izzaty memberitahu yang tokwan dah tenat,
aku segera bersiap dari rumah untuk kehospital.
aku sampai di hospital dengan keadaan yang suram,
aku menyelak tirai langsir pada katil arwah tokwan,
ibu hanya menyuruh aku bersabar sahaja,
pada masa aku sampai itu,
tokwan dah tak ada lagi kat dunia nie lagi,
dia pergi selama2nya meninggalkan kami semua.
aku menangis kerana tak sempat berjumpa dan bersalam dengannya untuk kali terakhir.
hanya jenazah dia sahaja yang terbujur kaku diatas katil.
hati terasa hiba dan sayu,
aku  tak sempat memohon maaf pon kat dirinya.
dia ampunkan aku ke??
jenazah dibawa pulang ke kampung untuk disemadikan pada keesokan harinya.
jenazah diurusakan dirumah dengan kehadiran semua sahabat handai dan saudara mara.
paklong tak dapat pulang ketanah air untuk mengiringi jenazah tokwan,
keadaan sunyi,sedih,hiba menyelubungi seluruh ahli keluarga HAJI ISMAIL BIN JAAFAR.
jenazah siap dimandi dan dikafan,
saat mencium dahinya paling menyedihkan,
air mata aku susah untuk berhenti mengalir keluar,
ibu menyuruh aku mengelap air mata dahulu sebelum mencium untuk kali terakhir.
jenazah tokwan selesai disemahyangkan,
jenazah dibawa ketanah perkuburan,
suasa suram dan mendung menyelubungi kawasan perkuburan pada pagi jumaat itu.
setelah selesai disemadikan,
talkin dan doa dibacakan.
jenazah tokwan selamat disemadikan dengan selamat tanpa sebarang kesulitan.
walaupon tokwan dah tak ada, 
aku masih teringatkan saat2 bersama dengan dia,
aku masih dapat merasai kehadiran dirinya,
tokwan,maafkan adam ya?
adam tak sempat datang masa tokwan tenat tu.
adam sentiasa doakan kesejahteraan tokwan kat sana.
satu hari nanti,pasti kita akan jumpa jua kan?
InsyaAllah.
tokwan sentiasa bersama kami semua walaupon jasad tade lg bersama kami.


No comments:

Post a Comment