Wednesday 27 July 2011

luahan rasa hati

bismillahirohmanilrohim.

angaplah warkah yang ditulis ini adalah suatu yang tiada maknanya kepada semua.
sekiranya ada pengajaran didalamnya,ambilah ia menjadi pengajaran dan petunjuk dalam kehidupan kita.
tiada niat pon dihati untuk memperlekehkan kesungguhan anggota POLIS dinegara kita ini menjaga keamanan negara yang telah lama kita kecapi selama hari ini.
mereka bersungguh menjaga negara kita yang aman ini daripada bergolak seperti negara-negara lain.
tetapi,disebalik kesungguhan meraka itu,ada juga ketidak adilan dalam mereka menjalankan tugas mereka.
mereka sanggup menindas golongan bawahan semata-mata mengikut arahan daripada ketua mereka.
sesungguhnya,tidak salah jika mereka menjalankan tugas dengan cara yang adil dan telus.
rakyat semua sayangkan mereka,tiada seorang pon rakyat akan mempunyai perasaan benci sekiranya mereka menjalankan tugas mengikut undang2 yang sedia ada.
rakyat akan merasa benci apabila sesuatu yang mereka sayangi atau percayai di khianatai begitu sahaja.
rakyat boleh berfikir.
mereka ada hak untuk bercakap dikhalayak ramai.
jangan menzalimi rakyat,walaupon orang yang anda khianati itu tidak boleh berbuat apa-apa didunia ini,percayalah bahawa ada yang lebih mengetahui apa yang anda lakukan kepada rakyat yang dizalimi tersebut.anda pasti akan berasa megah apabila melakukan sebegitu.
sesungguhnya apa yang anda lakukan terhadap rakyat itu dicatat sebagai amalan hidup anda.
ia akan dihitung pada satu hari nanti.
doa orang yang dizalimi ini adalah sangat2 makbur.
adil lah wahai saudara seislamku yang memegang tugas sebagai anggota POLIS.
kehidupan didunia ini adalah sementara sahaja.
dunia ini ada pengakhirnya.
semua akan dihitung dan dihadapkan kepada yang esa.
selamat menjalankan tugas wahai saudara seislam ku.



No comments:

Post a Comment