Wednesday 27 July 2011

luahan rasa hati

bismillahirohmanilrohim.

angaplah warkah yang ditulis ini adalah suatu yang tiada maknanya kepada semua.
sekiranya ada pengajaran didalamnya,ambilah ia menjadi pengajaran dan petunjuk dalam kehidupan kita.
tiada niat pon dihati untuk memperlekehkan kesungguhan anggota POLIS dinegara kita ini menjaga keamanan negara yang telah lama kita kecapi selama hari ini.
mereka bersungguh menjaga negara kita yang aman ini daripada bergolak seperti negara-negara lain.
tetapi,disebalik kesungguhan meraka itu,ada juga ketidak adilan dalam mereka menjalankan tugas mereka.
mereka sanggup menindas golongan bawahan semata-mata mengikut arahan daripada ketua mereka.
sesungguhnya,tidak salah jika mereka menjalankan tugas dengan cara yang adil dan telus.
rakyat semua sayangkan mereka,tiada seorang pon rakyat akan mempunyai perasaan benci sekiranya mereka menjalankan tugas mengikut undang2 yang sedia ada.
rakyat akan merasa benci apabila sesuatu yang mereka sayangi atau percayai di khianatai begitu sahaja.
rakyat boleh berfikir.
mereka ada hak untuk bercakap dikhalayak ramai.
jangan menzalimi rakyat,walaupon orang yang anda khianati itu tidak boleh berbuat apa-apa didunia ini,percayalah bahawa ada yang lebih mengetahui apa yang anda lakukan kepada rakyat yang dizalimi tersebut.anda pasti akan berasa megah apabila melakukan sebegitu.
sesungguhnya apa yang anda lakukan terhadap rakyat itu dicatat sebagai amalan hidup anda.
ia akan dihitung pada satu hari nanti.
doa orang yang dizalimi ini adalah sangat2 makbur.
adil lah wahai saudara seislamku yang memegang tugas sebagai anggota POLIS.
kehidupan didunia ini adalah sementara sahaja.
dunia ini ada pengakhirnya.
semua akan dihitung dan dihadapkan kepada yang esa.
selamat menjalankan tugas wahai saudara seislam ku.



Wednesday 20 July 2011

realiti kehidupan masa hari ini

bismillahhirohmanilrohim.

bukan niat untuk memperkecikan sesiapa dalam penulisan ini.
tetapi inilah realiti kehidupan di dunia kita sekarang.
dunia di mana anak2 melayu dan orang2 melayu hidup.
bukan nak memperlekehkan orang melayu kita,tetapi itulah realiti yang sebenarnya.
pergi kemana sahaja mesti ada kumpulan atau pertubuhan itu.
pelekat,lambang atau logo bertaburan dilekat dan ditampal pada cermin depan kereta,no. plat kereta dan kat papan putih kat bahagian depan moto.
apa motif nak tampal2 semua benda tu?
nak publisiti ke abg?
ngaji dah khatam ke belum?
semua tu dibuat semata-mata untuk buat semua orang takut kat anda .
tak ada gunanya korang buat macam tu.
ada ramai lagi yang besar daripada korang.
dorang tak mengelabah nak tampal2 macam korang.
kalau gaduh,korang laa orang pertama yang datang.
menyelap mcam taiko sgt.
panggil geng2 korang sana sini.
itu ke motif sebenar korang join benda tu?
bukan ke untuk menjaga kebajikan dan dakwah orang2 islam?
tapi,aku tgk korang yang lebih2 buat dosa.
pakai pelekat tu,bulan puasa,paking kereta tepi jalan,beli nasi bungkus..ape cerita bang?
pakai pelekat tu,duk kat taman reakreasi enjin kereta hidup,berdua-duaan.ape cerita bang?
kalau rase nak jadi taiko sangat,pegi selatan thailand tu,selamatkan orang2 islam kita.
bukannya bergaduh sesama bangsa bang.
kalau nak gaduh pon,satu lawan satu laa.
bukan bwak geng2 korang tu.
mana kejantanan korang?
takot nk satu lawan satu.
silap2 korang yang terlipat sebab tade isi.
aku bukan nk buruk kan sape2.
tapi fikirlah.tiada guna kita bermegah2 dengan apa yang kita ada tu.
jangan ingat anda besar,kerana ada yang lagi besar daripada anda.
dorang tanak menunjuk jee.
kalau dorang tunjuk,korang semua kena buang mcm tu je.

apa yang aku tulis nie tiada kaitan dengan sapa2 pon.
aku nk sapa yang terasa tu fikir je.
betul ke tindakan korang tu.

assalamualaikum.



Tuesday 12 July 2011

tokwan saya rindukan tokwan.

dah hampir setahun tokwan tinggalkan kami semua. .
tapi aku masih susah nk terima tokwan dah tak ada lagi kat dunia nie.
aku tak puas lagi hidup dengan dia.
pemergiannya cepat sgt.
penyakit kanser paru2nya menyerangnya dengan cepat sehingga kami tak dapat mengambil tindakan yang cepat keatas dirinya.
sepanjang dia sakit,aku yang banyak bersama dengannya.
kemana sahaja yang dia nak pergi pasti akan aku bawanya.
apa yang diingini olehnya akan aku turuti untuk memuaskan hatinya.
sehingga pada suatu hari,
doktor mengesahkan dia mengidap kanser paru2 tahap 4,
doktor hanya memberi tempoh hidup kepadanya hanya 4bulan.
sedih dan hiba apabila mendengar doktor memberitahu perkara tersebut.
selepas mengetahui berita itu,
tokwan dah tak balik kampung lagi,
dia hanya duduk kat rumah aku sahaja,
senang untuk urusan ke hospital.
hampir setiap malam aku tidur bersama dengannya,
kadang2,aku sendiri tidak dapat tidur kerana ada sahaja keinginannya pada waktu malam itu,
sebagai seorang cucu aku buat sahaja semua itu,
2 hari sebelum dia menghembuskan nafas terakhir,
aku tidur bersebelah dengan dirinya,
pelbagai keinginan yang dia inginkan pada malam itu,
sehinggakan dia menyuruh aku membancuhkan dia segelas air sarsi sejuk,
aku tunaikan keinginannya itu.
keesokan harinya,
tokwan dimasukan kehospital kerana dia mengadu sakit dada yang teramat,
dia dibawa kehospital,
jam 12:00 tengahari dia dimasukan ke wad hospital,
jam 3:40 petang,panggilan dari izzaty memberitahu yang tokwan dah tenat,
aku segera bersiap dari rumah untuk kehospital.
aku sampai di hospital dengan keadaan yang suram,
aku menyelak tirai langsir pada katil arwah tokwan,
ibu hanya menyuruh aku bersabar sahaja,
pada masa aku sampai itu,
tokwan dah tak ada lagi kat dunia nie lagi,
dia pergi selama2nya meninggalkan kami semua.
aku menangis kerana tak sempat berjumpa dan bersalam dengannya untuk kali terakhir.
hanya jenazah dia sahaja yang terbujur kaku diatas katil.
hati terasa hiba dan sayu,
aku  tak sempat memohon maaf pon kat dirinya.
dia ampunkan aku ke??
jenazah dibawa pulang ke kampung untuk disemadikan pada keesokan harinya.
jenazah diurusakan dirumah dengan kehadiran semua sahabat handai dan saudara mara.
paklong tak dapat pulang ketanah air untuk mengiringi jenazah tokwan,
keadaan sunyi,sedih,hiba menyelubungi seluruh ahli keluarga HAJI ISMAIL BIN JAAFAR.
jenazah siap dimandi dan dikafan,
saat mencium dahinya paling menyedihkan,
air mata aku susah untuk berhenti mengalir keluar,
ibu menyuruh aku mengelap air mata dahulu sebelum mencium untuk kali terakhir.
jenazah tokwan selesai disemahyangkan,
jenazah dibawa ketanah perkuburan,
suasa suram dan mendung menyelubungi kawasan perkuburan pada pagi jumaat itu.
setelah selesai disemadikan,
talkin dan doa dibacakan.
jenazah tokwan selamat disemadikan dengan selamat tanpa sebarang kesulitan.
walaupon tokwan dah tak ada, 
aku masih teringatkan saat2 bersama dengan dia,
aku masih dapat merasai kehadiran dirinya,
tokwan,maafkan adam ya?
adam tak sempat datang masa tokwan tenat tu.
adam sentiasa doakan kesejahteraan tokwan kat sana.
satu hari nanti,pasti kita akan jumpa jua kan?
InsyaAllah.
tokwan sentiasa bersama kami semua walaupon jasad tade lg bersama kami.


Tuesday 5 July 2011

kisah hati


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

biar kita tak bersatu di dunia,tetapi biar kita bersatu di atas sana.
kehidupan disana adalah yang kekal abadi.